Thursday, January 8, 2009

SIlat2 Sket~ :D (2)

Assalamualaikum :)

This post is the continuation from the previous post under Silat2 Sket label. I'd not translate the post as I'm afraid the context and the intended meanings would be differ from the original post. Bear in mind the material from this post's taken from an e-book called SIKAP PENDEKAR - Fahami 20 Perkataan Ajaib Menjadi Pesilat Terbilang. This post is intended for educational purposes only. This post also serves as a promotion towards the understanding of Silat for readers. Cheers :).

"Pendekar ialah insan yang berilmu, beramal dan berkemahiran
dalam ilmu persilatan pada zahir dan batin berteraskan adat seni budaya Melayu bersendikan syarak, menggunakan ilmu di tempat yang betul demi kebenaran dan keamanan dengan jiwa yang tenang serta berketerampilan berlandaskan semangat kesatriaan yang luhur" - Tuan Guru Haji Anuar Abdul Wahab

1st word: Insan

Manusia atau makhluk berakal iaitu sebaik-baik makhluk yang diciptakan Allah. Dengan kebijaksanaan akal, manusia berupaya hidup sejahtera bersih daripada noda dan tidak menyembah selain daripada Allah yang Maha Esa.

2nd word: Berilmu

Memiliki pengetahuan, berakal, kepandaian, kepakaran dan kebolehan. Ilmu adalah hasil minat dan usaha belajar, pengalaman dan mengkaji dengan akal yang dianugerahkan Allah.

3rd word: Beramal

Melakukan sesuatu pekerjaan yang mendatangkan kebajikan atau faedah kepada diri, masyarakat, agama, negara, alam dan Penciptanya. Sebaik-baik amalan adalah dari hati yang suci dan ikhlas kerana amal itu adalah buah ilmu.

Oleh itu, bersihkan atau sucikan hati terlebih dahulu sebelum melakukan amal kerana amalam dengan hati yang suci dan ikhlas seumpamanya dapat mengelakkan hambatan nafsu dan syaitan

4th word: Berkemahiran

Cekap, pakar, terlatih atau ahli dalam sesuatu pekerjaan dan dapat menjalankan tugas dengan teratur, lancar dan sempurna,

5th word: Persilatan

Ilmu seni mempertahankan diri bangsa Melayu. Di dalamnya terdapat gerak, kaedah dan muslihat penggunaan senjata atau tulang empat kerat untuk menghadapi secara berseni dan saintifik.

6th word: Zahir

Semua perkara luaran, tubuh, fizikal atau sesuatu yang dapat ditangani oleh pancaindera dan logik. Silat pada zahir bermakna segala gerak dan kaedah yang dapat dilakukan dengan anggota tubuh badan

7th word: Batin

Kepada diri sebenar manusia ialah nyawa, jiwa, hati atau roh yang menghidup dan menggerakkan manusia. Ilmu batin boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu jenis batil, syirik dan haq.

Ilmu batin haq berlandaskan tasawuf membentuk hubungan telus antara insan dengan Allah yang berkekalan dengan makrifat dan hakikat serta mengamalkan syariat Nabi Muhammad S.A.W. berlandaskan Al-Quran dan hadith dengan inayahNya dianugerahkan iman, laduni dan mukasyaf.





click on the banner to proceed

p/s: I rea
d in utusan online today that 48 were dead bombed by those damn zionist regime. Damn those flesh hunger and blood thirsty SOABs. Damn them, damn all of em equally!!

No comments:

Post a Comment